Tuesday, January 26, 2010

Latar Belakang Disleksia

1. Perkataan ‘disleksia’ (dyslexia) berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu ‘dys’ yang bermakna ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ yang bermakna ‘perkataan’.

2. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.

3. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
~Mempunyai keupayaan intelek yang normal
~Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi

4. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi

5. Mereka mungkin mengalami kesukaran
~Membaca
~Menulis
Memahami
~Mengeja
~Mengira

6. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia

7. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

No comments:

Post a Comment